Tuesday, Sep 02nd

rss fb twiter
21 21 21 0 21

PROGRAM KULINARI

E-mel Cetak PDF

SIJIL KULINARI

alt alt  
Sijil Kulinari merangkumi enam modul iaitu:
    - SMK 1 : Masakan Barat
    - SMK 2 : Masakan Malaysia
    - SMK 3 : Seni Sajian Dapur Sejuk
    - SMK 4 : Masakan Majlis Bankuasi
    - SMK 5 : Perkhidmatan Pramusaji
    - SMK 6 : Pastri Dan Konfeksionari
 
Keseluruhan keenam-enam modul ini mengambil masa selama 22 bulan untuk dilengkapkan. Sinopsis program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) di dalam pakej program bidang latihan Sijil Kulinari adalah seperti berikut:

MASAKAN BARAT
Tempoh : 4 Bulan  
Pelajar akan didedahkan dengan teknik persediaan dan kemahiran memasak makanan barat bermula dari hidangan Sarapan Pagi, hidangan Pembuka Selera, hidangan Utama, dan Pencuci Mulut. Pelajar akan lebih menguasai latihan Hands On melalui resepi-resepi dan teknik serta kaedah memasak yang betul yang digunapakai secara standard di industri.

 
MASAKAN MALAYSIA
Tempoh: 4 Bulan
Pelajar akan menyediakan masakan hidangan majmuk Malaysia dan hidangan negara-negara Asia seperti Jepun dan Indonesia. Makanan jualan jalanan (Hawkers) juga diberikan pendedahan kepada pelajar.

 
SENI SAJIAN DAPUR SEJUK (ART OF GARDE MANGER)
Tempoh: 4 Bulan
Pelajar akan diberi latihan kemahiran tentang penyediaan produk-produk yang dibuat di dapur sejuk. Hidangan sejuk dan panas yang tergolong di dalam produk hidangan pembuka selera diberikan penekanan kepada pelajar. Hiasan serta ukiran makanan dan ais juga diberi pendedahan di samping teknik salutan gelatin dan persembahan hidangan bagi menepati kehendak semasa di industri.

 
MASAKAN MAJLIS BANKUASI (BANQUETING CUISINE) 
Tempoh: 4 Bulan
Pelajar akan membuat tugasan kerja kumpulan di dalam penyediaan masakan secara pukal dari pelbagai variasi hidangan berbentuk antarabangsa dan dalam negara. Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti katering luar bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka.

 
PERKHIDMATAN PRAMUSAJI 
Tempoh: 3 Bulan
Pelajar akan mempraktikkan kerja praktikal di dalam aspek operasi restoran yang lebih menjurus kepada kerja-kerja pramusaji berfokuskan kepada American Service sahaja. Mengetahui dan mendemonstrasikan aktiviti asas peralatan pinggan dan meja serta susunatur ruang restoran dan mempraktikkan menghidang makanan kepada pelanggan.

 
PASTRI DAN KONFEKSIONARI (PASTRY AND CONFECTUIONARY) 
Tempoh: 3 Bulan
Pelajar akan mempraktikkan teknik dan kaedah membuat roti dan pastri manisan dan pedas. Resepi-resepi serta kandungan berdasarkan resepi-resepi yang telah ditetapkan. Kemahiran menguli dan proses-proses di dalam penghasilan roti didemonstrasikan serta penyediaan kuih muih tempatan. Teknik dan kaedah moden serta tradisional diajar kepada mereka.
Laman Web Rasmi 1 Malaysia
Portal Rasmi HRMIS
Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi MAMPU
Multimedia Development Corporation
MSC Malaysia
Portal Kerajaan Malaysia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Portal Rasmi SPA

Penafian: Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kolej Komuniti Rompin tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan revolusi skrin 1280 x 1024 piksel

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini759
mod_vvisit_counterMinggu Ini2350
mod_vvisit_counterBulan Ini1750
mod_vvisit_counterJumlah1051431