SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK
![]() |
![]() |
![]() |
Sijil Pemasangan Elektrik merangkumi lima modul utama iaitu:
1. SMK 1- Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal
2. SMK 2 - Pendawaian Pembuluh Dan Sesalur Fasa Tunggal
3. SMK 3 - Pendawaian Pembuluh (Permukaan Dan Tersembunyi) Dan Sesalur Tiga Fasa
4. SMK 4 - Motor Elektrik Tiga Fasa
5. SMK 5 - Pendawaian Dan Penyelenggaraan Elektrik Industri
Sinopsis rogram - program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) di dalam pakej program bidang latihan Pemasangan Elektrik adalah seperti berikut:
PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL
Tempoh: 4 Bulan
Pelajar dapat melakukan pendawaian permukaan (surface wiring) fasa tunggal. Kandungan kursus ini meliputi proses kerja pendawai yang merangkumi proses pendawaian, pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Di akhir kursus ini pelajar akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat - syarikat kontraktor elektrik.
PENDAWAIAN PEMBULUH DAN SESALUR FASA TUNGGAL
Tempoh: 4 Bulan
Pelajar dapat melakukan pendawaian pembuluh dan sesalur (conduit and trunking wiring) fasa tunggal. Kandungan kursus ini meliputi proses kerja pendawaian yang merangkumi proses kerja seperti membenang, membengkok, memotong dan memasang pembuluh dan sesalur, termasuk menjalankan kerja pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Di akhir kursus ini pelajar akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.
PENDAWAIAN PEMBULUH (PERMUKAAN DAN TERSEMBUNYI) DAN SESALUR TIGA FASA
Tempoh: 4 Bulan
MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA
Tempoh: 4 Bulan
Peserta akan didedahkan kepada pelbagai jenis motor aruhan sangkar tupai, motor aruhan rotor berlilit motor segerak serta melaksanakan merombakrawat, pemasangan dan kawalan motor. Peserta akan juga diberi latihan kemahiran tentang kawalan motor seperti kawalan magnetik, PLC dan “soft starter and inverter”.
PENDAWAIAN DAN PENYELENGARAAN ELEKTRIK INDUSTRI
Tempoh: 4 Bulan
Pelajar dapat melakukan pendawaian bagi pepasangan yang menggunakan "ducting, cable tray,steel wire armoured cable dan underground cable". Kandungan kursus ini meliputi kerja pendawaian yang merangkumi proses kerja seperti membengkok, memotong dan memasang "ducting and cable tray" dan menanam "underground cable" termasuk menjalankan kerja pengujian, pemeriksaan dan pemasangan. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.







































