SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN
![]() |
![]() |
![]() |
Sijil Servis Kenderaan Ringan merangkumi lima Modul utama iaitu:
PENYELENGGARAAN KENDERAAN RINGAN
Tempoh: 3 Bulan
Peserta akan diberi latihan kemahiran dan pengetahuan tentang kerja-kerja asas di dalam penyelenggaraan kenderaan ringan. Kemahiran yang akan didedahkan kepada Peserta adalah perkhidmatan pelanggan bengkel kereta, penyediaan pra servis kenderaan, pemeriksaan visual kenderaan, perlaksanaan servis asas kenderaan ringan dan prosedur penyerahan kenderaan kepada pelanggan. Sijil Modular Kebangsaan
PENGIMBANGAN DAN PENJAJARAN RODA
Tempoh: 3 Bulan
Peserta akan diberi latihanan kemahiran di dalam kerja-kerja pengimbangan dan penjajaran roda kenderaan ringan. Peserta akan didedahkan kepada binaan tayar dan kaedah-kaedah menservis tayar. Peserta juga akan dilatih untuk melaksanakan pengimbangan dan penjajaran roda serta juga teknik-teknik membaiki kerosakan tayar. Sijil Modular Kebangsaan
PENYELENGGARAAN SISTEM GANTUNGAN, STERING DAN BREK
Tempoh: 6 Bulan
Peserta akan diberi latihan kemahiran dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem gantungan, stereng dan brek kenderaan ringan. Kemahiran ini termasuk kemahiran menyelenggara dan membaikpulih sistem gantungan hadapan, sistem gantungan belakang, sistem stereng, sistem stereng kuasa, brek disk, brek gelendong/drum dan brek parking. Sijil Modular Kebangsaan
PENYELENGGARAAN SISTEM PENGHANTARAN
Tempoh: 6 Bulan
Peserta akan diberi latihan kemahiran di dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem penghantaran di dalam kenderaan ringan. Ini termasuk kerja-kerja menservis dan membaiki aci pandu, transmisi manual, transmisi automatik, kerbeda dan gandar. Peserta akan didedahkan kepada teknologi dan peralatan terkini dalam melaksanakan kerja penyelenggaran sistem penghantaran kenderaan ringan Sijil Modular Kebangsaan
ROMBAK RAWAT ENJIN BERBILANG SILINDER
Tempoh: 6 Bulan
Peserta akan diberi kemahiran dalam melaksanakan rombak rawat enjin berbilang silinder termasuk sistem enjin kepala silinder, bongkah silinder, sistem pelinciran, sistem penyejukan, sistem bahanapi dan sistem penyalaan menggunakan peralatan dan teknologi terkini.







































