| Article Index |
|---|
| SOALAN LAZIM |
| FAQ 2 |
| All Pages |
Page 1 of 2
- S1: Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti dengan Politeknik?
- J1: Kursus di Kolej Komuniti menekankan aktiviti hands on atau praktikal iaitu nisbah teori dengan amali adalah 25% : 75%
- S2: Apakah kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti?
- J2: Kolej Komuniti menawarkan kursus formal dan kursus pendek. Terdapat 22 kursus formal yang ditawarkan manakala kursus pendek bergantung kepada permintaan dan keperluan komuniti.
- S3: Berapakah tempoh pengajian bagi kursus sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti?
- J3: Tempoh pengajian minimum bagi kursus Sijil ialah selama 2 tahun (4 semester) dan tempoh maksimum ialah selama 5 tahun (10 semester). Setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan pada semester ketiga.
- S4: Apakah syarat kemasukan bagi kursus Sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti?
- J4: Syarat minimum untuk memohon ke kursus formal di Kolej Komuniti adalah warganegara Malaysia yang lulus SPM, manakala kursus pendek adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat.
- S5: Bagaimanakah cara untuk memohon belajar di Kolej Komuniti?
- Bagi kursus formal, calon boleh memohon dengan menggunakan borang yang boleh dibeli di mana-mana Kolej Komuniti atau membeli no pin dari BSN dan membuat permohonan secara online di http://www.bpkk.edu.my. Iklan mengenai permohonan akan dikeluarkan pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober setiap tahun. Bagi kursus pendek pula mereka yang berminat boleh melihat iklan atau brosur mengenai kursus yang ditawarkan di kolej berkenaan.
- S6: Adakah Kolej Komuniti menyediakan kemudahan penginapan?
- J6: Kolej Komuniti tidak menyediakan asrama atau tempat penginapan.
- S7: Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di Kolej Komuniti?
- J7: Kolej Komuniti menyediakan kemudahan-kemudahan seperti bilik kuliah, makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, percetakan, kemudahan sukan dan kemudahan pengangkutan.
- S8: Berapakah bayaran yang dikenakan?
- J8: Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 (setiap semester) dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimum RM5.00 dan maksimum adalah RM20.00.
- S9: Adakah bantuan kewangan yang disediakan?
- J9: Kolej Komuniti ada menyediakan pembayaran elaun sebanyak RM 250 sebulan kepada pelajar Kolej Komuniti yang layak sahaja (Tertakluk kepada syarat dan perubahan). Kepada yang tidak layak mendapat elaun, pelajar boleh memohon pinjaman yang ditawarkan oleh KPTM.


































