PENGENALAN
Selain memberi pendidikan dan latihan dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran kepada lepasan SPM/SPM(V), Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga menyedia dan menawarkan kursus-kursus pendek, pendidikan lanjutan dan sepanjang hayat kepada komuniti setempat. Kursus-kursus ini adalah antara elemen yang sangat penting dalam perlaksanaan program dan aktiviti di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selaras dengan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
OBJEKTIF
1. Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (K-communities).
2. Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih semula (re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat.
3. Menyediakan rangkaian strategik (strategic networking) untuk pengukuhan aktiviti-sosio-ekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh (stakeholder).
4. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti.
JENIS KURSUS
Terdapat dua jenis kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi iaitu:
1. Kursus yang dikendalikan mengikut keperluan masyarakat dan industri setempat.
2. Kursus berbentuk modular yang digubal mengikut kurikulum kursus sepenuh masa sedia ada.
BAYARAN YURAN PENDAFTARAN KURSUS
| Masa Perlaksanaan | Kadar Bayaran Yuran (RM) |
| 1-5 jam | 5.00 |
| 6-10 jam | 10.00 |
| 11-15 jam | 15.00 |
| Melebihi 15 jam |
20.00 |
Terdapat yuran tambahan iaitu yuran bahan bagi kursus-kursus yang menggunakan bahan. Kadar yuran bahan setiap kursus berbeza mengikut kepada keperluan kursus.
TEMPOH KURSUS
Tempoh kursus adalah bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti.
TEMPAT KURSUS DAN LATIHAN
Perlaksanaan Kursus Pendek ini boleh dijalankan di premis Kolej atau di luar mengikut keperluan dan permintaan peserta atau masyarakat setempat. Tempat kursus dijalankan juga bergantung kepada kemudahan dan peralatan yang diperlukan bagi pelaksanaan Kursus Pendek tersebut.
Maklumat lanjut berkenaan Kursus Pendek; Sila click kursus pendek di laman utama.





































