Monday, May 21st

JA slide show

PENGENALAN & OBJEKTIF

E-mail Print PDF

PENGENALAN

Kolej komuniti berperanan besar di dalam meningkatkan tahap kemahiran kepada  masyarakat setempat dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan bagi tujuan pembangunan negara dan pemantapan sosio ekonomi isi rumah.  Sehubungan dengan itu, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH)  merupakan agen perlaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran melalui latihan yang  dinamik serta berkualiti untuk  semua lapisan masyarakat. JPSH  adalah  agen kolej komuniti yang paling hampir dengan masyarakat  berdasarkan program-program promosi, latihan dan kemahiran yang disediakan.


Berdasarkan kepada Laporan Unit Perancang Ekonomi dalam Model Baru Ekonomi, sebahagian besar tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kelompok yang tidak memiliki kemahiran tinggi yang  dikhuatiri akan terus menjadi kekangan kepada sasaran negara mencapai status negara maju.  Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)   merupakan agenda murni kerajaan untuk memastikan masyarakat di luar bandar tidak di pinggirkan dalam usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan lima golongan sasar yang menjadi keutamaan kolej komuniti (Pelajar Lepasan Sekolah, Pembasmian Kemiskinan, Warga Prihatin, Keusahawanan dan Re-skilling & Up-skilling).

 

OBJEKTIF DAN FUNGSI

Jabatan ini bertanggungjawab dalam  menguruskan  kursus  pendek  kolej,  program pembangunan staf  kolej, pameran dan juga keceriaan serta kebersihan kolej. Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat menjadi pemudah cara dengan menyediakan  cadangan latihan dengan tenaga pengajar yang mahir dalam usaha untuk meningkatkan potensi diri setiap ahli komuniti supaya mereka menjadi warga yang lebih kompetitif dan bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat  juga berperanan untuk memastikan perlaksanaan pogram latihan yang tersusun dan mencukupi untuk keperluan warga Kolej Komuniti Rompin sendiri.  Setiap program diatur dengan teliti untuk memastikan setiap warga Kolej komuniti Rompin dapat mencapai sasaran Kementerian Pengajian Tinggi iaitu 10 hari berkursus dalam tempoh setahun.

Kebersihan dan kecerian kolej juga merupakan satu aspek yang pertanggungjawabkan kepada  Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat.  Jabatan bertanggung jawab untuk memantau keadaan persekitaran kolej untuk memastikan ianya menjadi tempat yang kondusif  sebagai pusat pendidikan, latihan dan bekerja.  Faktor keselesaan, keselamatan dan keindahan kolej merupakan aspek yang menjadi keutamaan di dalam perancangan jabatan.

Laman Web Rasmi 1 Malaysia
Portal Rasmi HRMIS
Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Portal Rasmi MAMPU
Multimedia Development Corporation
MSC Malaysia
Portal Kerajaan Malaysia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Portal Rasmi SPA
Penafian: Kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kolej Komuniti Rompin tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan revolusi skrin 1280 x 1024 piksel
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini397
mod_vvisit_counterMinggu Ini835
mod_vvisit_counterBulan Ini10860
mod_vvisit_counterJumlah195468