Perpustakaan Kolej Komuniti Rompin berperanan sebagai pusat sumber yang menyediakan pelbagai maklumat pendidikan, pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar dan kakitangan dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu dan berwawasan. Perpustakaan ini menggunakan sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey yang berasaskan nombor untuk pengelasan buku. Pada bulan September 2010, Perpustakaan Kolej Komuniti Rompin menggunakan Sistem Pengurusan Pusat Sumber S-LIB V3001 untuk kemudahan perkhidmatan pinjaman bahan-bahan rujukan perpustakaan.
STRUKTUR ORGANISASI
ARTIKEL
Memaparan artikel-artikel terkini dari Unit Pusat Sumber Kolej Komuniti Rompin.
ULASAN ISI DAN KULIT
Tajuk Buku : Lakaran Kasih
Penerbit : Alaf 21
Penulis : Laila Kamilia
- Dzalia..pilihanmu cuma satu.Sedarlah,belum tentu tugu cinta yang kau impi menjadi srealiti.Bebaskan dirimu dar belenggu cinta yang tidak pasti. Zuhairee..jangan kau pandang enteng cinta yang bersemi .Kerana diammu akan memudarat hati.Kebisuanmu pasti memakan diri...... "Manusia yang pernah jatuh tetapi tidak pernah belajar sesuatu dari kesilapannya, malah jatuh lagi di tempat yang sama adalah manusia yang paling malang"
Tajuk Buku : Suara dari Dewan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn bhd
Penulis : A. Samad Said
- Antologi istimewa ini mempertemukan sebahagian daripada puisi A.Samad Said yang terhasil antara dua abad mutakhir ini. Sebilangan besarnya belum pernah tersiar di mana-mana media,mahupun terhimpun dalam mana-mana antologi ,menjadikan terbitan ini edisi eksklusif



































